Mazmur 50:13-15 (AVB) Adakah Aku akan makan daging lembu jantan atau minum darah kambing? Persembahkan kesyukuran kepada Allah, dan tunaikan janjimu kepada Yang Maha Tinggi, berdoalah kepada-Ku pada masa kesusahan; Aku akan menyelamatkanmu, dan kamu akan memuliakan-Ku.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tunaikan janjimu" Pemazmur tahu TUHAN tidak memerlukan korban binatang sebab Dia lapar atau memerlukan korban itu, tetapi TUHAN mahu umat-Nya menunaikan janji dan berdoa ketika dalam kesusahan. Tuhan Yesus menunaikan maksud kedatangan-Nya ke dunia taat sehingga mati di kayu salip (Filipi 2:8). Mari kita belajar tunaikan janjimu kepada TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 24.7.2023.

Comments

Popular Posts