Mazmur 39:11-12 (AVB) Apabila Engkau memurkai dan menghukum manusia kerana dosa mereka; Engkau membuat kehebatannya lenyap seperti terbangnya rama-rama – sesungguhnya setiap manusia itu hanya sehembus nafas. Sela
“Dengarlah doaku, ya TUHAN, dengarlah rayuanku; jangan berdiam diri melihat air mataku. Kerana aku orang asing bagi-Mu, menumpang untuk sementara, seperti nenek moyangku.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hanya sehembus nafas" Pemazmur tahu siapa dia di hadapan TUHAN, ia ibarat hanya sehembus nafas terlalu mudah untuk lenyap. Tuhan Yesus menghargai setiap manusia tiada satu pun dibiarkan, rambut di kepala pun dikira (Matius 10:30). Mari berlajar menghargai kehidupan yang singkat ini ibarat hanya sehembus nafas di hadapan TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 13.7.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment