Mazmur 41:9-11 (AVB) Sampaikan sahabat karibku yang kupercayai, yang makan bersama di rumahku, telah berpaling menentangku. Tetapi Engkau, ya TUHAN, kasihanilah aku; dan pulihkan aku, supaya dapat kubalas perbuatan mereka. Dengan demikian tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku, apabila musuhku tidak Kaubiarkan mengalahkanku. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Sahabat karibku" Pemazmur ada pengalaman sahabat karib yang pernah makan bersamanya berpaling menentang. Mungkin kisah ini berlaku ketika pengkhianatan Absalom anak pemazmur sendiri. Tuhan Yesus ada pengalaman sahabat karib yang pernah makan bersama mengkhianati (Matius 26:23). Mari kita belajar supaya menjadi sahabat karib yang tidak menentang sahabat. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 15.7.2023.

Comments

Popular Posts