Mazmur 56:3-4 (AVB) Apabila aku berasa takut, aku berharap kepada-Mu.
Kepada Allah, aku memuji firman-Nya, kepada Allah, aku meletakkan kepercayaanku; aku tidak akan gentar. Apakah yang dapat dilakukan oleh manusia kepadaku?
Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "Aku tidak akan gentar" Pemazmur dalam keadaan dikejar oleh musuh dia merasa takut tetapi apabila meletakan harapan kepada TUHAN, dia tidak gentar lagi. Bagi kita Tuhan Yesus tempat meletakan harapan, supaya tidak gentar lagi. Mari kita belajar bahawa aku tidak gentar lagi menghadapi kesusahan hidup sebab berharap kepada Tuhan Yesus. Damai sejahtera meresapi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 30.7.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment