Mazmur 43:4-5 (AVB) Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah, Allah sumber kebahagiaanku yang tidak terhingga. Dan sambil bermain kecapi aku akan memuji-Mu, ya Allah, ya Allahku. Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa kau resah gelisah? Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku dan Allahku. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN sumber kebahagianku" Pemazmur tahu TUHAN ialah sumber kebahagian, bukan sebab dia di puncak kuasa, harta bertimbun, keluarga yang ramai dan sebagainya. Tuhan Yesus mengajar kita bahawa Dia pemberi hidup yang sejati (Yohanes 10:10). Hidup yang benar-benar hidup yang memberi manafaat untuk diri sendiri dan orang lain. Itulah yang sumber kebahagian kita. Mari kita belajar bahawa TUHAN ialah sumber kebahagianku. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 17.7.2023.

Comments

Popular Posts