Mazmur 31:9-10 (AVB) Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku dalam kesusahan; mataku kian musnah oleh kesedihan, ya, seluruh jiwa ragaku. Kerana hidupku habis dengan berduka dan usiaku dengan mengeluh; kekuatanku hilang akibat dosaku, dan tulang-tulangku semakin rapuh. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tulang-tulang ku semakin rapuh" Pemazmur mengakui hidupnya banyak dihabiskan dengan berduka dan mengeluh akibat dosa menyebabkan kekuatan hilang dan tulang-tulang semakin serapuh. Begitulah jahat kesan dosa kepada manusia. Tuhan Yesus datang melepaskan kita daripada masalah dosa, menjadikan kita ciptaan baharu (2 Korintus 5:17). Mari kita bertekad tidak berdosa supaya tiada lagi tulang-tulangku semakin rapuh. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 5.7.2023.

Comments

Popular Posts