Mazmur 54:1-3 (AVB) Selamatkanlah aku, ya Allah, dengan nama-Mu; dan belalah aku dengan kekuatan-Mu. Dengarlah doaku, ya Allah; dengarlah kata-kataku. Orang asing telah bangkit menyerangku; dan orang zalim cuba meragut nyawaku – mereka tidak ingat akan Allah. Sela Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Selamatkanlah aku, ya TUHAN" Pemazmur memohon kepada TUHAN supaya dia diselamatkan daripada musuh, dia tahu TUHAN penyelamatnya. Tuhan Yesus penyelamat kita daripada kematian kekal, tiada yang dapat menyelamatkan kita. Mari kita belajar berseru kepada Tuhan Yesus sahaja selamatkanlah aku, ya TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 28.7.2023.

Comments

Popular Posts