Mazmur 44:22-24 (AVB) Namun kerana-Mu kami menghadapi maut sepanjang hari; kami dianggap sebagai domba untuk disembelih. Bangunlah! Mengapa Engkau tidur, ya Tuhan? Bangkitlah! Jangan singkirkan kami selama-lamanya. Mengapa Kausembunyikan wajah-Mu, dan Kaulupakan penderitaan serta penindasan yang menimpa kami? Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menghadapi maut" Pemazmur mungkin sedang dalam bahaya maut dan berfikir TUHAN telah membiarkan dia atau ini satu bentuk hukuman dari TUHAN. Ketika Paulus memberitakan Injil dia juga menghadapi bahaya maut.Tuhan Yesus juga mengalami perkara yang sama, malah Dia disalipkan sampai mati. Mari kita belajar supaya tabah menghadapi maut dalam pelayanan. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 18.7.2023.

Comments

Popular Posts