Mazmur 33:20-22 (AVB) Jiwa kita berharap akan TUHAN; Dialah penolong dan perisai kita. Hati kita akan bergembira kerana Dia, sebab kita percaya akan nama-Nya yang suci. Limpahi kami dengan kasih setia-Mu, ya TUHAN, sebagaimana kami berharap kepada-Mu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Jiwa kita berharap kepada TUHAN" Pemazmur tidak berharap kepada kekuatan lain hanya kepada TUHAN sahaja. Tuhan Yesus ialah kekuatan kita tiada yang lain. Mari kita belajar seperti pemazmur agar jiwa kita berharap kepada TUHAN sahaja. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 7.7.2023.

Comments

Popular Posts