Mazmur 48:3-6 (AVB) Allah berada di istana kota ini; Dia telah menunjukkan diri-Nya sebagai Pelindung. Lihatlah, raja-raja telah berhimpun, mereka lalu bersama-sama, mereka melihatnya lalu berasa takjub; mereka cemas dan segera pergi. Mereka dicengkam ketakutan di situ, dan kesakitan seperti perempuan hendak bersalin. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Pelindung kota" Pemazmur mungkin beberapa kali melihat Kota Yerusalem ingin dimusnahkan oleh musuh, tetapi mereka tidak berjaya sebab TUHAN pelindung kota itu. Tuhan Yesus pelindung kota kita iaitu iman kita supaya tidak dimusnahkan oleh musuh. Mari kita belajar bahawa TUHAN pelindung kota kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 22.7.2023.

Comments

Popular Posts