Mazmur 49:9-10 (AVB) mereka tidak dapat hidup selama-lamanya dan tidak dapat mengelakkan kubur. Setiap manusia melihat orang bijaksana meninggal dunia; begitu juga orang bodoh dan orang tolol lalu meninggalkan kekayaan mereka kepada orang lain. Kopivosihan dan selamat beribadah, bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang ”Tidak dapat mengelakkan kubur" Pemazmur memang benar berkata bahawa manusia tidak dapat mengelakkan kubur, orang bijaksana dan bodoh sama juga pengakhiran hidup mereka. Tetapi di dalam Yesus Kristus kematian bukan pengakhiran hidup manusia, sebab ada kebangkitan selepas kematian. Tuhan Yesus pemberi hidup dan kebangkitan (Yohanes 11:25). Mari kita belajar bahawa manusia tidak dapat mengelakkan kubur. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 23.7.2023.

Comments

Popular Posts