Mazmur 34:12-14 (AVB) Siapa yang sayangkan hidup dan inginkan panjang umur, jagalah lidahmu daripada kejahatan dan bibirmu daripada kata-kata palsu. Tinggalkan kejahatan dan lakukan kebaikan; cari dan burulah kedamaian. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Panjang umur" Pemazmur mengajar bahawa sesiapa yang sayangkan hidup dan panjang umur perlu menjaga lidah dari kejahatan dan bibir dari kata-kata palsu, lakukan kebaikan dan usahakan kedamaian. Tuhan Yesus mengajar supaya berusaha berdamai dengan orang lain sebelum memberi persembahan kepada TUHAN (Matius 5:24). Mari kita berlajar menjaga lidah dan bibir supaya panjang umur. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 8.7.2023.

Comments

Popular Posts