2 Raja-raja 9:5-7 (TB)  Setelah ia sampai, maka tampaklah panglima-panglima tentara sedang duduk berkumpul. Lalu ia berkata: "Ada pesan kubawa untukmu, ya panglima!" Yehu bertanya: "Untuk siapa dari kami sekalian?" Jawabnya: "Untukmu, ya panglima!"
Lalu bangkitlah Yehu dan masuk ke dalam rumah. Nabi muda itu menuang minyak ke atas kepala Yehu serta berkata kepadanya: "Beginilah firman TUHAN, Allah Israel: Telah Kuurapi engkau menjadi raja atas umat TUHAN, yaitu orang Israel. 
Maka engkau akan membunuh keluarga tuanmu Ahab dan dengan demikian Aku membalaskan kepada Izebel darah hamba-hamba-Ku, nabi-nabi itu, bahkan darah semua hamba TUHAN.

https://alkitab.app/v/99f34f656981

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi cerita tentang Yehu panglima tentera raja Yoram raja Israel telah diurapi untuk menjadi raja. Dikatakan dia telah membunuh raja Israel dan juga raja Yehuda serta Izebel perancang dan penghasut raja raja Israel agar melakukan kejahatan. Dia jugalah yg telah membunuh para nabi TUHAN pada zaman Ahab dan membunuh Nabot pemilik kebun angur yg inginkan oleh raja Ahab. Akhirnya hukuman TUHAN atas dosa dosa Izebel telah terjadi. 40 tahun selepas kematian Tuhan Yesus, kota Yerusalem dan bait suci dimusnahkan juga telah membunuh para pemimpin agama pada masa itu. Agak agak itulah hukuman TUHAN terhadap pembunuh Tuhan Yesus. Hari ini adakah hukuman TUHAN masih berjalan atau tidak? Sukar dijawab, tetapi kita boleh menjadi saksi melalui pengalaman hidup kita. Mari kita bertaubat kalau tidak merasa takut terhadap hukuman TUHAN. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 3.10.19 KK.

Comments

Popular Posts