2 Raja-raja 23:21-23 (TB)  Kemudian raja memberi perintah kepada seluruh bangsa itu: "Rayakanlah Paskah bagi TUHAN, Allahmu, seperti yang tertulis dalam kitab perjanjian ini!"
Sebab tidak pernah lagi dirayakan Paskah seperti itu sejak zaman para hakim yang memerintah atas Israel dan sepanjang zaman raja-raja Israel dan raja-raja Yehuda.
Tetapi barulah dalam tahun kedelapan belas zaman raja Yosia Paskah ini dirayakan bagi TUHAN di Yerusalem.

https://alkitab.app/v/a3585f3e516b

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi cerita tentang kisah raja Yosia menghapuskan semua bentuk penyembahan kepada dewa dewa yg ada di Yerusalem dan seluruh tempat di Yehuda dan di Samaria. Hebat raja Yosia dan sangat berani. Bukan itu saja selepas itu raja Yosia merayakan Paskah. Perayaan besar yg diperintahkan TUHAN kepada orang Israel setiap tahun, tetapi mereka sudah lupakan sekian lama semenjak zaman hakim hakim. Raja Daud pun tidak pernah merayakan Paskah semasa pemerintahnya begitu juga raja Solomo dan raja raja yg lain. Kita dapat bayangkan betapa jauh tersasar iman orang Israel daripada janji yg mereka ucapkan di hadapan TUHAN di gunung Senai pada zaman nabi Musa. Hari ini gereja TUHAN yang ada di muka bumi adakah kita masih setia kepada TUHAN dengan segenap hati, kekuatan,  fikiran dan hidup kita, atau kita pun sudah jauh tersasar daripada ucapan janji kita kepada TUHAN yg kita sebut Bapa dan kita adalah anakNya. Melalui Tuhan Yesus kita telah diangkat menjadi anak anak Tuhan.. Mari kita bertaubat kalau selama ini kita sudah semakin hilang identiti diri sebagai anak anak TUHAN. Tidak pernah membaca Alkitab, tidak lagi datang ke gereja, tidak lagi berdoa dan lebih menyukai kesenangan dunia. Masanya untuk bertaubat. 
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 16.10.19 KK.

Comments

Popular Posts