2 Raja-raja 18:5-7 (TB)  Ia percaya kepada TUHAN, Allah Israel, dan di antara semua raja-raja Yehuda, baik yang sesudah dia maupun yang sebelumnya, tidak ada lagi yang sama seperti dia.
Ia berpaut kepada TUHAN, tidak menyimpang dari pada mengikuti Dia dan ia berpegang pada perintah-perintah TUHAN yang telah diperintahkan-Nya kepada Musa.
Maka TUHAN menyertai dia; ke mana pun juga ia pergi berperang, ia beruntung. Ia memberontak kepada raja Asyur dan tidak lagi takluk kepadanya.

https://alkitab.app/v/a2bbb8c9f177

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi kisah tentang raja Hizkia, raja Yehuda yg telah menegakkan hukum TUHAN di Yehuda. Dikatakan tidak ada raja Yehuda sebelum dan selepas dia yg demikian setia kepada jalan TUHAN. Raja Hizkia telah memusnahkan semua bukit pengorbankan, termasuk ular tembaga yg dibuat oleh Musa. TUHAN menyertai dia dan memberi kemenangan setiap kali dia keluar beperang. Puji Tuhan. Walapun begitu kerajaan Hizkia masih juga diserang oleh raja Asyur. Orang benar yang berharap kepada TUHAN pun masih mengalami masalah dalam hidup. Seperti kita hari ini tidak sunyi daripada masalah. Hanya yg membezakan adalah sikap kita terhadap masalah, bagaimana kita menghadapi masalah tersebut. Carilah TUHAN Yesus, berharap dan bersandarlah kepadaNya. Tuhan Yesus akan memberi kelegaan dan kemenangan kepada kita. Puji Tuhan. Salam damai untuk kita semua. ✝ emanuelministry.blogspot.com 11.10.19 KK.

Comments

Popular Posts