1 Tawarikh 9:27-29 (TB)  Mereka bermalam di sekitar rumah Allah itu sebab mereka bertanggung jawab atas penjagaan dan harus membuka pintu setiap pagi.
Sebagian dari mereka mengurus perkakas ibadah: mereka menghitung perkakas itu pada waktu dimasukkan dan dikeluarkan.
Sebagian dari mereka ditugaskan mengurus perabotan, yakni segala perabotan tempat kudus, dan mengurus tepung yang terbaik, anggur, minyak, kemenyan dan rempah-rempah,

https://alkitab.app/v/94dbad57f4b9

Shallom dan selamat beribadah kepada kita semua,  bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi kisah cara suku Lewi mengurus rumah ibadah. Dikatakan mereka membahagikan tugas dan setiap bahagian ada ketua. Mereka sangat teliti menjaga peralatan rumah ibadah. Ada daftar keluar masuk peralatan. Alkitab memang buku yg lengkap, hal mengurus rumah ibadah pun kita boleh belajar. Hari ini macam mana kita mengurus harta gereja, bermula dari harta yg sekecil sudu, gelas, mangkuk dan sebagainya. Ada tidak buku catatan, paling tidak jumlah, tarik dibeli, harga satu unit dan disimpan di mana. Mungkin kita berfikir buat apalah semua itu dibuat. Tuhan Yesus sudah katakan kalau kita setia dalam hal paling kecil kita juga setia dalam hal yg besar. Kalau kita boleh dipercayakan kepada hal yg kecil kita juga akan dipercayakan kepada hal yg besar, iaitu Injil itu sendiri. Mari kita bertaubat kalau selama ini kita lalai mengurus gereja, keluarga dan diri kita sendiri dari perkara paling kecil sehinggalah yg bernilai ratusan ribu atau juga juta nilainya dan harta yg bernilai kekal di Surga iaitu iman kita. Iman pun perlu diurus supaya kekal berfungsi seperti injin kenderaan.  Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 27.10.19 Kundasang.

Comments

Popular Posts