2 Raja-raja 25:27-30 (TB)  Kemudian dalam tahun ketiga puluh tujuh sesudah Yoyakhin, raja Yehuda dibuang, dalam bulan yang kedua belas, pada tanggal dua puluh tujuh bulan itu, maka Ewil-Merodakh, raja Babel, dalam tahun ia menjadi raja, menunjukkan belas kasihannya kepada Yoyakhin, raja Yehuda, dengan melepaskannya dari penjara.
Ewil-Merodakh berbicara baik-baik dengan dia dan memberi kedudukan kepadanya lebih tinggi dari pada kedudukan raja-raja yang bersama-sama dengan dia di Babel;
ia boleh mengganti pakaian penjaranya dan boleh selalu makan roti di hadapan raja selama hidupnya.
Dan tentang belanjanya, raja selalu memberikannya kepadanya, sekadar yang perlu tiap-tiap hari, selama hidupnya.

https://alkitab.app/v/be6d7b7cb7d3

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang kisah raja Yoyakhin mendapat belas kasih oleh raja Babel yg baru iaitu raja Ewil-Merodakh. Dia membebaskan raja Yoyakhin dari penjara dan melayan dia dengan baik. Raja Yoyakhin makan di hadapan raja, malahan raja Babel memberi dia perbelanjaan setiap hari mengikut keperluan raja Yoyakhin seumur hidupnya. Puji Tuhan, itu yg kita sebut kasih karunia. Mungkin raja Yoyakhin mula merendahkan diri di hadapan TUHAN ketika hidup dalam penjara dan jauh daripada daripada kota Yerusalem. Ramai yg bersaksi mereka mula mencari TUHAN ketika dalam keadaan susah, mula merendahkan diri, berdoa dan membaca firman TUHAN. Itulah manafaat kesusahan yg kita hadapi supaya kita mencari TUHAN. Semasa rakyat Yehuda hidup dalam pembuangan mereka digambarkan bertaubat dan mereka menyusun semula kitab kitab mereka. Munculah  orang Farisi, para Ahli Taurat dan mungkin juga golongan Saduki. mereka menguduskan diri dan belajar hukum Taurat. Setelah 70 tahun mereka hidup dalam pembuangan sebahagian daripada mereka pulang ke Yehuda. Kalau kita mencari TUHAN, pasti kita mendapat kasih karuniaNya. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak boleh merendahkan diri di hadapan, sebab kita berkelimpahan saat ini. Tuhan Yesus mengatakan orang yg kaya tetapi tidak tahu merendahkan diri di hadapan TUHAN adalah orang bodoh. Sudah tentu kita adalah anak anak Tuhan yg bijak. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com, 18.10.19. KK.

Comments

Popular Posts