1 Tawarikh 7:25-27 (TB)  Anak laki-laki Beria ialah Refah, lalu Resef; anak orang ini ialah Telah, dan anak orang ini ialah Tahan,
dan anak orang ini ialah Ladan, dan anak orang ini ialah Amihud, dan anak orang ini ialah Elisama,
dan anak orang ini ialah Nun, dan anak orang ini ialah Yosua.

https://alkitab.app/v/bbfd9836dd3f

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang susurgalur Yosua bin Nun.  Ingat lagi siapa Yosua? Ya dialah panglima perang yg memimpin umat Israel merebut tanah perjanjian setelah 430 tahun mereka tinggalkan. Yousa adalah keturunan daripada Yusuf anak Yakub. Susugalur sangat penting untuk mengetahui asal usul kita. Tuhan Yesus pun ada susurgalur. Kıta pun ada susurgalur kita sendiri. Mutahir orang kita mula mencari susurgalur masing masing, kita mula kenal saudara mara, sebelum itu kita tidak tahu mereka adalah ahli keluarga besar kita. Malahan isteri atau suami sendiri tidak kenal yg mereka adalah satu susurgalur. Alkitab sudah memberi contoh membuat susurgalur cuma kita agak lambat untuk melakukan dalam kehidupan kita. Mari kita teruskan usaha menyusun susurgalur, buat sebaik yg boleh, bukukan dan simpan dalam bentuk digital. Supaya tidak hilang. Itulah nanti rujukan generasi yg akan datang.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 25.10.10 KK.

Comments

Popular Posts