1 Tawarikh 8:29-33 (TB)  Tetapi di Gibeon diam bapa Gibeon, yakni Yeiel, dan nama isterinya ialah Maakha.
Anak sulungnya ialah Abdon, lalu Zur, Kish, Baal, Nadab,
Gedor, Ahyo, Zekher
dan Miklot yang memperanakkan Simea. Juga mereka ini pergi diam berdekatan dengan saudara-saudara mereka di Yerusalem bersama-sama saudara mereka yang lain.
Ner memperanakkan Kish; Kish memperanakkan Saul; Saul memperanakkan Yonatan, Malkisua, Abinadab dan Esybaal.

https://alkitab.app/v/2e167f08f2ff

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang susurgalur raja Saul. Ingat lagi raja Saul? Raja pertama orang Israel yg dipilih TUHAN melalui perantaraan nabi Samuel. Raja Saul dari keturunan Benyamin anak Yakub. Dikatakan bapa leluhur raja Saul berasal dari kota Gibeon, ingat lagi kisah kota Gibeon dan penduduknya, kota pencetus perang saudara dikalangan orang Israel sendiri dan menyebabkan suku Benyamin hampir punah di muka bumi. Tetapi siapa sangka TUHAN mengangkat raja Israel yang asal usulnya dari kota Gibeon dan dari suku yg hampir punah. Tuan puan tahu apa yg dikatakan oleh para pegawai  British ketika melihat bangsa kita, mereka mengandaikan dalam masa 50 tahun bangsa kita akan pupus. Syukur Injil Kristus menyelamatkan kita sampai hari ini kita masih wujud di muka bumi. Malahan sudah ramai yg memiliki Phd. Puji Tuhan. Tuhan Yesus datang ke dunia untuk mencari dan memulihkan manusia, sejarah telah membuktikan bangsa yg menerima Injil adalah bangsa yg jauh lebih makmur daripada bangsa yg menolak Injil. Malahan negara yg menolak Injil masih berperang tanpa sudah. "Salam damai" Itulah ungkapan pertama Injil yg diucapkan oleh Tuhan Yesus pada hari kebangkitanNya. Mari kita bertaubat kalau tiada damai dalam hati kita, carilah damai itu daripada Tuhan Yesus. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 26.10.19 Kudat.

Comments

Popular Posts