1 Tawarikh 4:9-10 (TB)  Yabes lebih dimuliakan dari pada saudara-saudaranya; nama Yabes itu diberi ibunya kepadanya sebab katanya: "Aku telah melahirkan dia dengan kesakitan."
Yabes berseru kepada Allah Israel, katanya: "Kiranya Engkau memberkati aku berlimpah-limpah dan memperluas daerahku, dan kiranya tangan-Mu menyertai aku, dan melindungi aku dari pada malapetaka, sehingga kesakitan tidak menimpa aku!" Dan Allah mengabulkan permintaannya itu.

https://alkitab.app/v/a8f9a36e003b

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, kita mengucapkan takziah kepada keluarga Hendry Madatang yg telah kembali kepada  Bapa di Surga, Roh Kudus berserta dan menghiburkan ahli keluarga mendiang. Hari ini saya mahu berkongsi cerita tentang Yabes, dikatakan nama Yabes bermaksud kesakitan. Mungkin saat ibunya melahirkan sangat menderita kesakitan yg luar biasa seperti lazimnya kesakitan ketika bersalin. Yabes membesar dengan identiti sebagai peribadi yg membawa kesakitan atau penderitaan. Bayangkan penderitaan Yabes. Mungkin dia dipulaukan oleh rakan sebaya atau adik beradiknya. Pernah anda dipulaukan sebab anda miskin, tidak berpendidikan dan  dari keluarga yg tidak terkenal. Jangan sedih, bangkitlah, seperti Yabes TUHAN pasti mendengar doa kita. Tuhan Yesus datang ke dunia untuk mencari orang yg hina seperti Yabes. Tuhan Yesus adalah kekuatan kita dan masa depan kita. Tuhan Yesus mengangkat kita menjadi anak anak TUHAN. Puji Tuhan. Itulah identiti baru kita dalam Yesus Kristus. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 22.10.19 KK.

Comments

Popular Posts