1 Tawarikh 10:13-14 (TB)  Demikianlah Saul mati karena perbuatannya yang tidak setia terhadap TUHAN, oleh karena ia tidak berpegang pada firman TUHAN, dan juga karena ia telah meminta petunjuk dari arwah,
dan tidak meminta petunjuk TUHAN. Sebab itu TUHAN membunuh dia dan menyerahkan jabatan raja itu kepada Daud bin Isai.

https://alkitab.app/v/40651ce905de

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, kita ucapkan Selamat Deepawali kepada rakan rakan kita yg menyembut perayaan tersebut. Hari ini saya mahu berkongsi cerita tentang kematian raja Saul serta anak anak lelakinya yg ikut berperang melawan orang Felistin. Sampai hari ini pun Israel dan Felistin masih berperang, perang yg sudah sekian lama berlaku, tidak kurang dari 3 ribu tahun. Punya lama. Dikatakan bahawa raja Saul menerima hukuman TUHAN sebab dia tidak setia dan meminta petunjuk dari roh orang mati. Kesetian adalah isu kita sampai hari ini, mungkin hari ini kita bersemagat melayani, tetapi 10 tahun atau 30 kemudian macam mana? Baru tahu setia atau tidak diri kita kepada TUHAN. Saya pun berharap saya setia berkongsi renungan pagi dan doa pagi selagi masih kuat. Memang banyak halangan. Tuhan Yesus adalah peribadi yg setia dari awal sampai akhir malahan sampai hari ini. Tidak pernah meninggalkan gerejaNya iaitu orang orang pilihanNya. Mari kita bertaubat kalau kesetian kita kepada Tuhan Yesus semakin pudar, kesetian kepada isteri, suami, majikan, gereja, anak anak, ibubapa, kawan kawan dan sebagai. Ingat baik baik tiada buah yg baik dihasilkan dari ketidak setiaan. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 28.10.19 KK.

Comments

Post a Comment

Popular Posts