2 Raja-raja 21:1-2 (TB)  Manasye berumur dua belas tahun pada waktu ia menjadi raja dan lima puluh lima tahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Nama ibunya ialah Hefzibah.
Ia melakukan apa yang jahat di mata TUHAN, sesuai dengan perbuatan keji bangsa-bangsa yang telah dihalau TUHAN dari depan orang Israel. 

https://alkitab.app/v/3e44b28738b1

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya mahu berkongsi cerita tentang raja Manasye anak kepada raja Hizkia,  dikatakan dia melakukan apa jahat di hadapan TUHAN. Dia adalah raja pertama raja Yehuda yg melakukan kejahatan malahan lebih jahat lagi daripada bangsa yg dihapuskan oleh TUHAN, mungkin lebih jahat daripada bangsa Sodom dan Gamora. Bayangkan betapa jahat raja Manasye sehingga menimbulkan sakit hati TUHAN. Dia juga raja yg paling lama memerintah 55 tahun dari usia 12 tahun menjadi raja. Mungkin pengasuhnya gagal membentuk dia menjadi anak raja yg baik. Agak agak apa yg akan berlaku dengan kepimpinan gereja kita selepas generasi yg ada sekarang ini. Kalau mereka terus cemerlang, itu tandanya kita telah berjaya menjadi contoh yg baik, kalau sebaliknya kita sudah gagal. Selagi kita setia menjadi contoh yg baik dan hidup menurut kebenaran firman TUHAN, saya yakin kita akan melahirkan generasi baru yg jauh lebih baik daripada kita. Puji Tuhan. Tuhan Yesus adalah sandaran kita, mohonlah kebijaksanaan daripadaNya. Mari kita bertaubat kalau selama ini kita sudah gagal menjadi contoh rohani yg baik kepada anak anak kita. Belum terlambat untuk memperbaiki keadaan, mari kita mulakan hari ini. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 14.10.19 KK.

Comments

Popular Posts