1 Tawarikh 2:13-16 (TB)  Isai memperanakkan Eliab, anak sulungnya, dan Abinadab, anak yang kedua, Simea, anak yang ketiga,
Netaneel, anak yang keempat, Radai, anak yang kelima,
Ozem, anak yang keenam, dan Daud, anak yang ketujuh;
saudara-saudara perempuan mereka ialah Zeruya dan Abigail. Anak-anak Zeruya ialah Abisai, Yoab dan Asael, tiga orang.

https://alkitab.app/v/8810e2f794c2

Shallom semua dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang kisah serbah sedikit tentang ahli keluarga raja Daud, ingat lagi panglima perang Daud yg bernama Yoab anak Zeruya, rupanya Yoab adalah anak buah raja Daud sebab ibu Yoab adalah kaka raja Daud. Tidak dapat tidak apa saja yg kita buat ikatan kekeluargaan sangat kuat pengaruhnya. Walaupun raja Daud merasa tertekan dengan pengaruh Yoab, saya fikir tanpa Yoab raja Daud tidak boleh bertahan dalam kerajaannya. Tuhan Yesus semasa memilih 12 muridNya pun dari kalangan orang Galilea daerah asalNya, kecuali Yudas Iskhariot yg berasal dari Yudea. Tetapi dialah yg mengkhianati Tuhan Yesus. Mari kita bertaubat kalau selama ini kita mengasingkan diri daripada keluarga kita. Sabab ikatan kekeluargaan sangat kuat pengaruhnya dalam mencorakkan kejayaan kita di masa hadapan. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 20.10.19 Kudat.

Comments

Popular Posts