2 Raja-raja 12:1-3 (TB)  Dalam tahun ketujuh zaman Yehu, Yoas menjadi raja dan empat puluh tahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Nama ibunya ialah Zibya, dari Bersyeba.
Yoas melakukan apa yang benar di mata TUHAN seumur hidupnya, selama imam Yoyada mengajar dia.
Namun demikian, bukit-bukit pengorbanan tidaklah dijauhkan. Bangsa itu masih mempersembahkan dan membakar korban di bukit-bukit itu.

https://alkitab.app/v/fbd21023370a

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi cerita  kisah seterusnya tentang raja Yoas. Dikatakan dia melakukan apa yg baik selama hidupnya. Dia memerintah selama 40 tahun, rupanya raja Yoas hanya berumur 47 tahun ketika meninggal, dia dibunuh oleh pegawainya sendiri. Tidak dicatat kenapa dia di bunuh. Tetapi tidak hairan kalau seseorang yg melakukan kehendak TUHAN ada yg tidak senang, bukan siapa siapa tetapi para pengawai raja sendiri. Dikatakan Imam Yoyada telah menjadi pengajar kepada Yoas untuk melakukan kehendak TUHAN. Itulah pentingnya seseorang untuk mengajar kita, walapun bukan mudah menerima tunjuk ajar, apa lagi kedudukan kita lebih tinggi daripada orang yg mengajar kita. Mungkin itulah reaksi para pemimpin agama di Yerusalem ketika khotbah Tuhan Yesus berkumandang di halaman bait suci setiap hari ketika Tuhan Yesus berada di Yerusalem.  Mereka mencari cari asal usul Tuhan Yesus, siapa guruNya, apa isi ajaran dan banyak lagi. Hari ini manusia memang sukar menerima ajaran yg daripada Alkitab apa lagi hidup dalam kebenaran Alkitab. Ramai orang Kristian hidup dengan kebenaran sendiri, hanya mendengar ajaran yg dia mahu dengar saja. Mari kita bertaubat kalau masih tidak mahu menerima ajaran kebenaran Alkitab sebagai kebenaran dalam hidup kita. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 6.10.19 Kudat.

Comments

Popular Posts