Mazmur 88:13-15 (AVB) Tetapi kepada-Mu aku telah berseru, ya TUHAN; dan pada waktu pagi doaku datang ke hadirat-Mu. Ya TUHAN, mengapa Kausingkirkan jiwaku, mengapa Kausembunyikan wajah-Mu daripadaku? Aku telah ditimpa azab dan hampir mati sejak usia mudaku; aku menderita ketakutan kerana-Mu, aku resah gelisah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Doa pagi" Pemazmur berdoa kepada TUHAN pada waktu pagi, memohon belas kasihan, mungkin dia sedang tertekan dan merasakan TUHAN tidak peduli kepadanya. Tuhan Yesus mengajar kita berdoa pada waktu pagi, sebelum matahari terbit Dia sudah berdoa (Markus 1:25). Mari kita belajar melakukan doa pagi seawal yang boleh sebelum mula bekerja atau beraktiviti. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 1.9.2023.

Comments

Popular Posts