Mazmur 71:9-12 (AVB) Janganlah singkirkan aku dalam usia tua; jangan tinggalkan aku ketika kekuatanku hilang. Kerana musuhku mencerca aku; dan mereka yang mengendap untuk meragut nyawaku berpakat sama sendiri. Mereka berkata, “Allah telah meninggalkan dia; buru dan tangkaplah dia, kerana tiada siapa yang akan menyelamatkannya.” Ya Allah, janganlah jauh daripadaku; Ya Allahku, segeralah tolong aku. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Usia tua" Pemazmur sudah lanjut usia, mungkin dia takut para musuh cuba menyikirkan dia. Begitulah delima di usia tua takut dipinggirkan, disinggkirkan, ditertawakan dan sebagainya. Tuhan Yesus mengajar kita bahawa sampai kesudahan tetap menyertai kita (Matius 28:20), Dia ada untuk menolong dan memberi kekuatan. Mari kita belajar percaya di usia tua TUHAN tetap bersama kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 15.8.2023.

Comments

Popular Posts