Mazmur 59:16-17 (AVB) Tetapi aku akan menyanyi tentang kekuasaan-Mu, ya, aku akan menyanyi setiap pagi dengan nyaring tentang kasih-Mu; kerana Engkau pelindungku, dan penaungku pada waktu kesusahan. Untuk-Mu, ya Allah, kekuatanku, aku akan menyanyikan puji-pujian; kerana Allah Pelindungku, Allah yang mengasihiku. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN pelindungku" Pemazmur begitu yakin bahawa TUHAN pelindungnya apabila raja Saul menghantar pasukan untuk membunuhnya tetapi tidak berjaya. Tuhan Yesus pelindung kita, walaupun Iblis selalu menghantar pasukan untuk memusnahkan iman kita tetapi tidak berjaya. Mari kita berlajar percaya bahawa TUHAN pelindungku daripada serangan Iblis. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 3.8.2023.

Comments

Popular Posts