Mazmur 76:7-9 (AVB) Engkau, Engkaulah, yang ditakuti. Siapa sanggup berdiri di hadirat-Mu apabila Engkau murka? Engkau memperdengarkan penghakiman dari syurga, bumi ketakutan lalu diam – apabila Allah bangkit membuat penghakiman, untuk melepaskan semua yang tertindas di bumi. Sela Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Apabila Engkau murka" Pemazmur membayangkan sekiranya TUHAN murka tiada yang dapat berdiri di hadapan-Nya, bumi terdiam mendengar penghakiman TUHAN. Ketika Tuhan Yesus memarahi para pejual di halaman Bait Suci tiada yang berani melawan. Mari kita belajar tidak mengundang murka TUHAN sebab apabila Engkau murka siapakah yang dapat bertahan. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 20.8.2023.

Comments

Popular Posts