Mazmur 70:1-3 (AVB) Segeralah, ya Allah, selamatkan aku; Ya TUHAN, segeralah tolong aku. Biar mereka dimalukan dan dikelirukan, mereka yang ingin meragut nyawaku; biar mereka berundur dan menanggung aib, mereka yang hendak memusnahkan aku. Biar mereka berundur kerana malu, mereka yang mengejekku, “Aha! Aha!” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Ya, TUHAN segeralah tolong aku" Pemazmur memohon kepada TUHAN supaya segera menolongnya ketika dia tidak mampu berbuat apa-apa. Bagi kita Tuhan Yesus tempat kita meminta pertolongan. Pada masa kita tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta pertolongan kepada TUHAN. Mari kita belajar supaya memohon ya, TUHAN segeralah tolong aku. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 14.8.2023.

Comments

Popular Posts