Mazmur 77:1-3 (AVB) Aku telah berseru kepada Allah dengan suaraku; kepada Allah dengan suaraku dan Dia mendengarku. Pada masa kesusahan kucari Tuhan; tangan kutadahkan sepanjang malam jiwaku enggan dilipurkan. Aku ingat akan Allah, dan berasa rusuh; aku mengadu, dan semangatku tertekan. Sela Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tangan kutadahkan sepanjang malam" Pemazmur menadah tangan sepanjang malam ketika tertekan, kalau pemazmur ini ialah seorang raja dan itu pengalamannya sendiri, kita faham bahawa tekanan dalam hidup pengalaman semua orang. Bezanya bagaimana seseorang menghadapi tekanan. Tuhan Yesus tempat kita meletakan semua tekanan. Mari kita berlajar tangan kutadahkan sepanjang malam ketika emosi tertekan kepada Tuhan Yesus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 21.8.2023.

Comments

Popular Posts