Mazmur 84:10 (AVB) Kerana satu hari di dalam rumah-Mu lebih baik daripada seribu di tempat lain; aku rela menjadi penjaga pintu di Rumah Allahku daripada tinggal di khemah orang zalim. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Penjaga pintu" Pemazmur mungkin seorang Lewi yang bertugas menjaga pintu bait suci, tugas yang mungkin membosankan kalau itulah tugas setiap hari. Tetapi pemazmur lebih rela menjadi penjaga pintu daripada bersama dengan orang zalim. Melayani Tuhan Yesus bersama para pelayanan yang ramah sangat menyeronok, berbanding bersama orang zalim. Mari kita belajar melayani sebagai penjaga pintu gereja lebih indah daripada bersama orang zalim. Damai sejahtera menaungi kita. Salam takziah kepada keluarga Traugott Forscher yang telah kembali kepangkuan Bapa di syurga pada 27.8.2023 di rumah kediaman beliau di Jerman. Pada usia 96 tahun, beliau salah satu misinori khususnya dikalangan orang Rungus dan menjadi presiden pertama gereja PCS. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 28.8.2023

Comments

Popular Posts