Mazmur 74:15-17 (AVB) Engkau telah membukakan pancuran dan banjir; Engkau telah mengeringkan sungai-sungai besar. Siang milik-Mu, malam juga milik-Mu; Engkau telah menyediakan cahaya dan matahari. Engkau telah meletakkan semua sempadan bumi; Engkau telah menjadikan musim panas dan musim dingin. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Siang dan malam milik TUHAN" Pemazmur mengakui siang dan malam milik TUHAN, musim juga TUHAN yang tentukan. Tiada yang di luar kuasa-Nya. Tuhan Yesus berkuasa atas alam, Dia ada setiap waktu siang dan malam. Mari kita belajar bahawa siang dan malam milik TUHAN tiada yang perlu ditakuti. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 18.8.2023.

Comments

Popular Posts