Mazmur 62:11-12 (AVB) Allah telah berfirman beberapa kali, dan aku telah mendengar: bahawa kuasa hanya milik Allah, kasih juga milik-Mu, ya Tuhan. Engkau memberi ganjaran yang sepadan dengan usaha setiap orang. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN memberi ganjaran sepadan usaha" Pemazmur tahu TUHAN memberi ganjaran sepadan usaha setiap orang, itulah yang disebut keadilan. Tuhan Yesus mengajar kita supaya bekerja selagi masih siang (Yohanes 9:4). Tuhan Yesus pun bekerja apa lagi kita. Mari kita belajar TUHAN memberi ganjaran sepadan usaha kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 6.8.2023.

Comments

Popular Posts