Mazmur 69:9-11 (AVB) kerana kasihku terhadap rumah-Mu membakar hatiku, lalu segala celaan daripada mereka yang mencela-Mu telah menimpaku. Apabila aku menangis dan membersihkan jiwaku dengan berpuasa, aku dicela kerananya; ketika aku mengenakan pakaian penyesalan dosa, mereka mengejek aku. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Kerana kasihku terhadap rumah -Mu membakar hatiku" Pemazmur sangat mencintai rumah TUHAN berkobar-kobar seperti membakar hatinya. Tuhan Yesus juga mencintai rumah TUHAN, Dia membersihkan urusan jual beli di halaman Bait Suci di Yerusalem (Markus 11:15-17). Mari kita belajar mencintai rumah TUHAN seperti pemazmur kerana kasihku terhadap rumah-Mu membakar hatiku. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 13.8.2023.

Comments

Popular Posts