Mazmur 68:8-9 (AVB) bumi bergempa, langit menurunkan hujan kerana kehadiran Allah, Sinai terharu dengan kedatangan Allah, Allah Israel.
Engkau, ya Allah, menghantar hujan lebat; untuk mengesahkan warisan pusaka-Mu, umat-Mu yang lesu menderita.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hujan kerana kehadiran TUHAN" Bagi pemazmur hujan ialah tanda kehadiran TUHAN, alam banyak bercerita tentang TUHAN tinggal lagi kita mengakui itu atau tidak. Melalui alam juga TUHAN boleh memberkati atau menghukum manusia. Tuhan Yesus sendiri memperlihatkan Dia berkuasa ke atas alam secara langsung (Lukas 8:24) itu pun memperlihatkan Dia ialah TUHAN. Mari kita belajar bahawa hujan kerana kehadiran TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 12.8.2023 Kudat Sabah Malaysia.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment