Mazmur 65:11-13 (AVB) Engkau mencurahkan rahmat-Mu sepanjang tahun, melimpahkan kemakmuran merata-rata. Rahmat-Mu menyuburkan padang rumput di gurun; segala bukit kecil di sekitar bergembira. Padang-padang rumput penuh dengan ternakan; lembah lurah kaya dengan ternakan; semuanya bersorak riang dan menyanyi. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari, hari ini saya berkongsi tentang "Rahmat-Mu sepanjang tahun" Pemazmur memuji kebesaran TUHAN yang memberi rahmat-Nya sepanjang tahun menyuburkan padang gurun menubuhkan rumput dan dipenuhi ternak. Tuhan Yesus ialah rahmat TUHAN sepanjang tahun bagi kita supaya padang gurun iaitu hati kita ada kehidupan. Mari kita belajar bahawa rahmat TUHAN sepanjang tahun menyuburkan padang gurun. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 9.8.2023.

Comments

Popular Posts