Ayub 37:1-4 (AVB) “Kerana hal itu juga hatiku gentar dan melompat dari tempatnya. Dengarlah baik-baik gegak gempita suara-Nya, gemuruh yang keluar daripada mulut-Nya; Dia melepaskannya ke seluruh kolong langit, juga kilat-Nya ke hujung-hujung bumi. Kemudian ada suara menderu, Dia bergemuruh dengan suara-Nya yang agung. Kilat tidak ditahan-Nya ketika suara-Nya terdengar. Kopivosihan dan selamat menyambut perayaan Kaamatan, tema sambutan tahun ini "Kaamatan Membudayakan Perpaduan". Bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang "Gegak gempita suara-Nya" Elihu mengagumi TUHAN melalui alam, gegak gempita guruh, kilat, angin sejuk dan panas, salji, binatang awan dan sebagainya. Manusia tidak dapat memahami itu, masih lagikah Ayub membenarkan diri?. Tuhan Yesus mengajar bahawa seperti kilat dari timur dan barat menadai kedatangan-Nya (Matius 24:27). Mari kita bertekad supaya mengaku TUHAN dalam gegak gempita suara-Nya pada alam. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 30.5.2023.

Comments

Popular Posts