Ayub 24:1-3 (AVB) “Mengapakah Yang Maha Kuasa tidak menentukan masa penghakiman? Mengapakah kalangan yang mengenal Dia tidak melihat hari pengadilan-Nya?
Ada orang yang memindahkan batas tanah, mereka merampas kawanan ternak lalu menggembalanya.
Mereka menghalau keldai anak yatim, mengambil lembu seorang balu sebagai gadaian.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hari penghakiman" Ayub berkata-kata lagi, dia mahu hari penghakiman TUHAN diketahui, supaya pelaku kejahatan boleh dihukum secepat mungkin. Tuhan Yesus akan datang lagi sebagai hakim tetapi hari penghakiman tiada yang tahu. Mari kita bertekad supaya bersedia hari penghakiman TUHAN itu. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 17.5.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment