Ayub 12:12-14 (AVB) ‘Dikatakan bahawa hikmah terdapat pada kalangan tua, dan pengertian pada kalangan yang lanjut usia.’ Tetapi pada Allah sahaja terdapat hikmah dan keperkasaan, Dialah yang mempunyai pertimbangan dan pengertian. Jika Dia meruntuhkan, tidak ada yang dapat membina kembali. Jika Dia menangkap seseorang, tidak ada yang dapat melepaskannya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hikmah milik TUHAN" Ayub mengaku hikmah ada pada TUHAN, bukan dari orang lanjut usia. Tiada yang dapat melepaskan diri apabila ditangkap oleh TUHAN. Tuhan Yesus memiliki hikmah TUHAN, Dia menunjukkan kepada manusia hikmah itu supaya kita bertaubat. Mari kita bertekad supaya percaya hikmah milik TUHAN bukan milik kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 5.5.2023.

Comments

Popular Posts