Ayub 17:1-3 (AVB) Semangatku patah, hari-hariku punah, kubur menantikan aku.
Sesungguhnya, orang yang mengejek-ejek mengelilingiku, dan mataku terus menyaksikan sindiran mereka.
Jaminlah aku dengan diri-Mu sendiri. Sesiapa lagi yang dapat membuat perjanjian penjaminan dengan aku?
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Jaminlah aku" Ayub sudah hilang segalanya, tiada yang dia boleh harapkan, para sahabatnya pun tidak berpihak kepadanya. Dia memohon dijamin supaya terlepas dari sengsara. Sekarang kita tahu ada penjamin kita iaitu Yesus Kristus, kita pun tidak berdaya perlu dijamin seperti Ayub. Mari kita bertekad supaya jaminlah aku ya Tuhan Yesus aku tidak berdaya di hadapan TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 10.5.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment