Ayub 23:1-4 (AVB) Kemudian Ayub menjawab, “Bahkan hari ini pun keluhanku getir, tekananku berat, begitu juga keluh-kesahku. Sekiranya aku tahu di mana aku boleh menemui Dia, sehingga aku boleh datang ke tempat Dia bersemayam! Aku akan menyusun perkaraku di hadapan-Nya dan memenuhi mulutku dengan pembelaan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menyusun perkaraku dihadap-Nya" Ayub menjawab Elifas, dia mahu menyusun perkaranya dihadap-Nya, Ayub begitu nekad mempertahan bahawa dia tidak bersalah. Tuhan Yesus telah membawa perkara kita kepada TUHAN supaya kita tidak didapati bersalah. Mari kita bertekad supaya menyusun perkaraku dihadap-Nya melalui Tuhan Yesus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 16.5.2023.

Comments

Popular Posts