Ayub 33:15-17 (AVB) Dalam mimpi, dalam penglihatan pada malam hari, ketika tidur yang lelap melanda manusia, atau ketika dia mengantuk di tempat tidur,
pada waktu itulah Dia membuka telinga manusia dan memateraikan teguran-teguran bagi mereka,
supaya manusia dipalingkan daripada perbuatannya dan kesombongannya dilenyapkan.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Perbuatan dan kesombongan" Elihu berkata-kata lagi, bahawa TUHAN berbicara menegur manusia melalui mimpi dan penglihatan supaya manusia berpaling daripada perbuatan jahat dan kesombongan. Bagi Elihu Ayub sombong di hadapan TUHAN kerana membenarkan diri. Tuhan Yesus berbicara kepada manusia supaya kita meninggalkan perbuatan jahat dan kesombongan. Mari kita bertekad supaya meninggalkan perbuatan jahat dan kesombongan di hadapan TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 26.5.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment