Ayub 21:7-9 (AVB) Mengapakah orang fasiq terus hidup, menjadi tua bahkan bertambah-tambah kekuatannya?
Keturunan mereka mapan di hadapan mereka dan bersama dengan mereka, anak cucu mereka di hadapan mata mereka.
Rumah-rumah mereka aman, tidak ada yang berasa takut; tongkat penghukuman Allah tidak menimpa mereka.
Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "Terus hidup" Ayub menjawab kata-kata Zofar, dia mempersoalkan kenapa orang fasiq terus hidup malahan sampai tua masih kuat, keluarga mereka mapan beranak- cucu dan rumah mereka aman damai. Tuhan Yesus mengajar bahawa TUHAN memberi hujan dan matahari kepada orang fasiq dan orang benar (Matius 5:45) TUHAN itu adil. Mari kita bertekad supaya terus hidup kerana rahmat TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 14.5.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment