Ayub 16:19-21 (AVB) Sekarang juga, ketahuilah, Saksiku ada di syurga, Yang Bersaksi bagiku ada di tempat yang tinggi. Sahabat-sahabatku mencelaku, tetapi aku mencucurkan air mata di hadapan Allah, supaya Saksiku merayu kepada Allah bagi pihakku seperti manusia merayu bagi sesamanya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Saksiku merayu bagiku" Ayub terus berkata-kata, kali ini dia berharap ada Saksi yang merayu kepada Allah bagi pihaknya supaya dia tidak dicelah lagi. Siapakah Saksi itu, sekarang kita tahu iaitu Yesus Kristus bersaksi bagi kita di hadapan TUHAN supaya kita tidak dicelah lagi. Mari kita bertekad supaya percaya ada Saksiku merayu bagiku di hadapan TUHAN iaitu Yesus Kristus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 9.5.2023.

Comments

Popular Posts