Ayub 32:1-3 (AVB) Ketiga-tiga orang itu berhenti menjawab Ayub, kerana Ayub menganggap dirinya benar. Lalu menyalalah amarah Elihu anak Barakheel, orang Bus, daripada kaum Ram. Dia marah kepada Ayub kerana Ayub membenarkan dirinya, dan bukan membenarkan Allah. Dia juga marah kepada ketiga-tiga sahabat Ayub, kerana mereka tidak boleh menjawab Ayub namun mempersalah dia. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Membenarkan diri" Sahabat Ayub yang bernama Elihu anak Barakheel pula berkata-kata selepas sahabat lain diam. Elihu memarahi Ayub kerana membenarkan diri dan bukan membenarkan TUHAN, begitu juga para sahabat kerana menyalahkan Ayub. Tuhan Yesus mengajar kita supaya merendahkan diri supaya TUHAN meninggikannya dan dibenarkan (Lukas 18:14). Mari kita bertekad supaya tidak membenarkan diri dan menyalahkan orang lain. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 24.5.2023.

Comments

Popular Posts