Ayub 34:11-12 (AVB) Dia membalas manusia menurut perbuatan mereka, Dia membuat orang mendapat ganjaran menurut kelakuan mereka. Sungguh, Allah tidak akan berbuat fasiq, Yang Maha Kuasa tidak akan membengkokkan keadilan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Membalas manusia menurut perbuatan" Elihu meneruskan kata-kata, dia mengatakan TUHAN membalas manusia menurut perbuatan mereka, TUHAN adil kepada semua manusia. Tuhan Yesus mengajar bahawa Dia datang kali kedua akan membalas manusia menurut perbuatan mereka (Matius 16:27). Mari kita bertekad supaya percaya TUHAN membalas manusia menurut perbuatan mereka. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Labuan Malaysia. 27.5.2023.

Comments

Popular Posts