Ayub 27:1-4 (AVB) Ayub melanjutkan huraiannya, katanya, “Demi Allah yang hidup, yang telah mengambil hakku, demi Yang Maha Kuasa, yang telah membuat jiwaku menjadi getir, selagi aku masih lagi bernyawa dan nafas Allah masih di dalam lubang hidungku, bibirku tidak akan mengatakan kezaliman dan lidahku tidak akan mengungkapkan penipuan; Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Lidah ku tidak mengungkapkan penipuan" Ayub meneruskan kata-kata nya, dia tetap dengan pendirian bahawa dia tidak pernah berlaku zalim dan menipu. Tuhan Yesus mengajar kita supaya jujur ketika berkata-kata kalau ya katakan ya tidak katakan tidak tidak ada penipuan atau kezaliman. Mari kita bertekad supaya seperti Ayub lidah ku tidak mengungkapkan penipuan. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 20.5.2023.

Comments

Popular Posts