Ayub 26:1-4 (AVB) Maka Ayub menjawab, “Betapa engkau menolong orang yang tidak kuat! Betapa engkau membantu lengan yang tidak bertenaga! Betapa engkau memberikan nasihat kepada orang yang tidak berhikmah, dan menyatakan kebijaksanaanmu dengan limpahnya! Kepada siapakah kaunyatakan kata-kata itu? Gagasan siapakah yang kauutarakan? Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan, hari ini saya berkongsi tentang "Memahami TUHAN" Ayub menjawab Bildad bahawa dengan berbuat baik, hikmah dan kebijaksanaan tidak dapat memahami TUHAN, Tuhan Yesus penyataan TUHAN kepada manusia, supaya kita memahami TUHAN. Mari kita bertekad supaya memahami TUHAN melalui Tuhan Yesus yang diceritakan dalam Alkitab. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 19.5.2023.

Comments

Popular Posts