Mazmur 98:7-9 (AVB) Biarlah laut menderu, dan segala yang dalamnya, dunia dan semua penghuninya. Biarlah sungai-sungai bertepuk tangan, biarlah bukit-bukau berbahagia bersama-sama di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang untuk menghakimi bumi. Dengan keadilan Dia akan menghakimi dunia dan kaum-kaum dengan saksama. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari, hari ini saya berkongsi tentang "Sungai-sungai bertepuk tangan" Pemazmur membayangkan betapa meriah apabila TUHAN datang, sungai-sungai seperti memuji TUHAN dan bukit bukau berbahagia. Inikan lagi kita manusia sudah tentu memuji TUHAN. Tuhan Yesus sudah berjanji Dia akan datang lagi, mari kita belajar seperti sungai-sungai bertepuk tangan memuji menyambut Tuhan Yesus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 11.9.2023.

Comments

Popular Posts