Mazmur 112:6-7 (AVB) Sesungguhnya, dia tidak akan goyah; orang yang benar akan diingati selama-lamanya. Dia tidak akan takut kepada berita buruk; hatinya teguh, percaya kepada TUHAN. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tidak takut berita buruk" Pemazmur berkata orang baik tidak takut berita buruk sebab percaya kepada TUHAN. Tuhan Yesus mengatasi berita buruk dengan membawa berita baik. Mari kita belajar tidak takut berita buruk sebab ada berita baik mengatasi berita buruk iaitu Yesus Kristus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Penampang Sabah Malaysia 25.9.2023.

Comments

Popular Posts